Sinopsis Police Story

Filem ini mengisahkan tentang pihak polis Hong Kong yang berusaha menangkap bos triad terkemuka Chu Tao namun selalu gagal kerana Chu itu sangat licik. Chan Ka-kui pun terlibat dalam operasi penangkapan bos triad tersebut. Berkat kegigihannya, Ka-kui akhirnya berjaya menangkap Chu Tao.

Sementara itu, pembantu rahsia Chu, Salina bersedia beraksi melawan Chu di Mahkamah, maka Ka-kui harus melindungi Salina dari ancaman geng Chu. Kedekatan Ka-kui dengan Salina itu membuatkan kekasih Ka-kui, May menjadi salah faham dan cemburu. Salina kemudian berubah fikiran sehingga tidak mahu menjadi saksi lagi dan lari dari pengawasan Ka-kui.

Lalu Ka-kui bingung dan mencari Salina sambil berusaha menyakinkan May bahawa tiada ada apa-apa diantaranya dengan Salina. Di samping itu, Chu Tao yang marah dan dendam kerana ditangkap Ka-kui menyuruh gengnya untuk memfitnah Ka-kui dengan tuduhan membunuh anggota polis lain yang tidak pernah dia lakukannya.